
testing2! mic clear,ok!huhu..salam perkenalan saya ucapkan buat semua, sama ada yang mengenali diri ini mahupun tidak. Pertamanya, saya panjatkan rasa syukur yang teramat sangat buat Dia Yang Maha Pengasih, kerana membuka pintu hati saya untuk membuat blog ini. Pada mulanya saya rasa tidak perlu untuk saya membuat blog ini, saya ni bukanlah seorang ulama' yang cukup pengetahuan untuk berkongsi ilmu-ilmu agama. Bukanlah juga saya seorang pakar motivasi yang boleh memberikan nasihat pengubat jiwa. Namun malam semalam, tiba-tiba saya berasa seperti jiwa kosong. saya amat memerlukan pengisian. Pengisian rohani. Peristiwa petang semalam betul-betul menghentam pintu ketabahan jiwa saya. Saya terasa sangat5..lemah! lantas, kaki dikerahkan ke bilik air, titisan air wudu' yang sejuk menyapu ke muka sekaligus memberi ketenangan. Saya tenggelam dalam sujud, kesayuan. Sejurus, saya teringatkan sepotong ayat di dalam al-Quran yang bermaksud;
"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat" (al-Baqarah, 2:45)
"Aku pasrahkan segalanya kepadaMu Ya Allah..aku bertawakal". Selepas solat,dengan jernihan air mata, jejari mula menekan butang keyboard. Satu persatu blog sahabat-sahabat saya, saya baca. Hmmm..sedikit demi sedikit, hilang rasa beban di hati, alhamdulillah. Baru saya tahu, apa kelebihannya blog ni. Dari sini, kita sendiri boleh menerima dan memberi pengisian juga perkongsian. Perkongsian ilmu dan pengalaman, mungkin boleh dijadikan pengajaran bagi orang-orang lain yang akan membaca blog kita ini.
Jadi, disinilah bermulanya dakwat pena saya menceritakan. Kerana diri saya ini punyai satu kelemahan, iaitu saya tidak berapa selesa berkongsi masalah atau ilmu melalui suara. Bukanlah kerana ingin kufurkan nikmat Tuhan, tetapi manusia ini berbeza. Kebiasaannya, lain yang akal saya rangkakan, lain pula mulut saya sampaikan..huhu. Diharap kali ini, semua yang terbuku di hati dan minda, dapat saya sampaikan dengan sempurna melalui mata pena saya ini^^, diharap sahabat-sahabat akan terus memberikan sokongan.


